Antaramuka 'intro' merupaka laman yang pertama sekali yang keluar apabila pengguna melayari laman web ini. Antaramuka ini akan menunjukan sedikit animasi dengan dibangunkan menggunakan perisian Flash.
Pada antaramuka laman utama ini terdapat banner yang akan bertukar secara rawak apabila pengguna klik pada mana-mana butang. Antaramuka ini akan mempamerkan gambar poster tema Kuching Design Festival pada Highlight.
Pada antaramuka laman utama ini terdapat banner yang akan bertukar secara rawak apabila pengguna klik pada mana-mana butang. Antaramuka ini akan mempamerkan gambar poster tema Kuching Design Festival pada Highlight.
Apabila pengguna menekan butang About Us laman web akan mempamerkan maklumat berbentuk ayat tentang apa itu Kuching Design Festival Week ini. Jika pengguna mouse over pada butang itu akan berlaku fungsi spry drop menu dimana butang lokasi akan keluar dibawah batang tersebut.
Pada butang Gallery pula terdapat juga fungsi spry drop menu dimana terdapat butang 2010 dan 2009. Antaramuka Gallery ini menunjukan sedikit penerangan dan pilihan beberapa gambar. Apabila pengguna menekan gambar kecil secara automatik gambar bersaiz besar akan dipamerkan pada bahagian bawah beserta penerangan.
Antaramuka Designer pula mempamerkan gambar pereka dan nama mengikut kategori pereka iaitu pereka grafik, pereka industrial dan pereka animasi. Untuk mengetahui lebih lanjut pengguna boleh menekan pada gambar atau nama pereka tersebut.
Dibawah butang Designer terdapat fungsi spry drop down menu iaitu butang Graphic, Industrial dan Animation dimana jika butang ini ditekan pengguna akan terus pergi ke antaramuka Designer mengikut ketegori yang dikehendaki.
Berikut adalah antaramuka Sponsor dimana antaramuka ini mempamerkan logo badan kerajaan dan syarikat yang berkaitan dalam usaha menjayakan Kuching Design Week Festival ini. Pengguna juga boleh menekan logo itu untuk pergi ke laman web syarikat yang terbabit.
Antaramuka Contact ini mempamerkan email dan alamat organisasi untuk Festival ini. Pada antaramuka ini juga diletakkan logo Festival. Pengguna juga boleh memberikan maklumat diri dengan mengisi di halaman Form yang terletak dibawah antaramuka ini.